Friday, September 24, 2010

Soalan Lazim

Siapakah yang boleh menyertai kelas renang ini?
Sesiapa sahaja boleh menyertai kelas renang ini terutamanya penduduk di sekitar Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Kajang, Puchong dan sebagainya.

Di manakah lokasi kelas renang ini beroperasi ?

Buat masa kini kami menjalankan kelas renang ini di Putrajaya iaitu di kolam Pusat Kejiranan Presint 16 dan juga kolam Pusat Kejiranan Presint 11. Sila rujuk pada bahagian 'lokasi' pada menu di atas.

Apakah bahasa pengantar yang digunakan semasa kelas dijalankan?
Kami menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun bahasa Inggeris digunakan dalam perkara teknikal.

Berapa dan bagaimanakah bayaran dikenakan?
Kami mengamalkan sistem easy payment iaitu bayaran RM80 sebulan bersamaan dengan 4 kali kedatangan. Bayaran RM80 yang kedua akan bermula setelah 4 kelas yang pertama lengkap. Harga ini sudah termasuk bayaran masuk yang dikenakan oleh pihak pengurusan kolam.

Apakah syarat-syarat yang dikenakan?
Tiada syarat selain dari minat dan juga disiplin sahaja.

Adakah saya perlu memakai pakaian renang?
Ya, anda perlu datang ke kelas dengan memakai pakaian renang yang lengkap termasuk goggle. Peraturan ini ditetapkan oleh pihak pengurusan kolam bagi menjaga kualiti air.

Berapa lamakah biasanya masa diambil untuk membolehkan seseorang itu boleh berenang?
Sukar kami hendak menentukan berapa lama masa yang diambil kerana tiap-tiap orang mempunyai kadar kebolehan yang berbeza-beza. Ini bergantung kepada latar belakang, faktor umur dan juga fizikal. Ada yang dapat mengusainya dengan cepat, ada yang normal dan ada yang lambat. Tetapi rekod kami menunjukkan jika seseorang itu tiada water phobia, tidak mempunyai masalah fizikal, dalam 12 kelas insyaallah dia mampu berenang. Kami cadangkan anda membuat temujanji, jalani ujian dan kami boleh beritahu berapa lama masa yang akan diambil berdasarkan prestasi pada hari pertama.

Bagaimana kelas dijalankan ketika hari hujan?
Maaf, tiada kelas dijalankan ketika hari hujan. Keselamatan lebih diutamakan.

Bagaimana pula jika hujan turun ketika kelas telah berjalan sebahagian ?
Jangan bimbang, kelas gantian akan dibuat pada minggu berikutnya.

Adakah dijamin saya boleh berenang?
Kami percaya semua orang mampu berenang jika belajar bersungguh-sungguh dan rajin melakukan latihan di luar waktu kelas. Jika pelajar faham dan dapat melakukan apa yang diajar oleh instructor, tiada sebab mengapa mereka tidak mampu berenang.

Perlukah saya menunggu cukup kumpulan baru saya boleh belajar?
Tidak semestinya. Ianya terpulang kepada anda. Pengambilan pelajar adalah secara berterusan setiap minggu.

Berapa lamakah setiap kelas renang dijalankan?
Setiap kelas akan berjalan selama 1 jam, seminggu sekali..

Bagaimana cara pembelajaran? Adakah tenaga pengajar berada di atas daratan atau di dalam air?
Semasa proses pembelajaran, instructor akan berada bersama-sama dengan pelajar di dalam air bagi memudahkan komunikasi.

Tiada diskaun ke jika saya menghantar anak atau ahli keluarga lebih dari seorang?
Jika ahli keluarga lebih dari 3 orang, kami sedia memberi diskaun menarik. Hubungi kami.

Berapakah had umur kanak2 dan juga dewasa yang boleh menyertai kelas ini?
Kami hanya mengambil kanak2 yang berumur 7 tahun dan ke atas sahaja. Ini adalah disebabkan kanak2 yang berumur kurang dari 7 tahun akan menjalani proses yang terlalu lama bagi membolehkan mereka berenang. Kami bimbang ini tidak mudah difahami oleh ibubapa. Tiada had umur bagi pelajar dewasa asalkan sihat tubuh badan

Ke manakah halatuju anak saya jika telah habis kelas nanti ?
Sekiranya anak2 ini telah dapat mengusai sekurang-kurangnya 2 teknik dan ingin mengembangkan lagi bakat mereka, bolehlah menyertai mana2 kelab. Kami sedia membantu memperkenalkannya kepada kelab-kelab sedia ada.

Ok, saya dah baca semua di atas. Bagaimana saya hendak mendaftar?
Semak jadual kelas pada menu 'lokasi', buat pilihan, datang ke kolam 10 minit awal, jumpa kami di sana. Isi borang yang akan diberi, buat bayaran dan boleh terus belajar. Bagi yang memilih untuk kelas personal coaching, sila buat temu janji dahulu.

lokasi & jadual !

Waktu Operasi :



Hari Waktu
Setiap Sabtu ( presint 16) : kanak-kanak/ muslimah/lelaki dewasa
  • sesi 1 : 11.00 pagi - 12.00 tgh
  • sesi 2 : 03.00 ptg - 04.00 ptg
  • sesi 3 : 04.00 ptg - 05.00 ptg
Setiap Ahad ( presint 16 )
kanak-kanak/muslimah/ lelaki dewasa
  • sesi 1 : 03.00 ptg - 04.00 ptg
  • sesi 2 : 04.00 ptg - 05.00 ptg
Setiap Jumaat ( presint 16 ) : muslimah sahaja

  • atas permintaan sahaja secara berkumpulan

Thursday, September 23, 2010

kelas renang kami, bagaimana untuk mendaftar, pendaftaran

  1. kelas renang kanak-kanak
  2. kelas renang muslimah
  3. kelas renang lelaki dewasa
  4. kelas renang pakej keluarga
 (tersebut adalah kelas yang kami)
 

________________________________________________________________________

Bagaimana anda untuk mendaftar?
Sila ikuti langkah2 dibawah.


cara mendaftar

  1. buat pilihan pada lokasi
  2. datang 10 minit awal
  3. isi borang pendaftaran
  4. buat pembayaran
  5. belajar
PENDAFTARAN? RM20 (bulan pertama sahaja)
YURAN? RM80 sebulan. @ 4X kelas.
dengan yuran serendah & semurah RM80 anda mampu ke kelas kami.  
bersama kami  Tunggu apa lagi? Daftarlah segera.

9 sebab mengapa anda perlu belajar berenang!

1) Berenang merupakan satu kemahiran hidup yang tidak ternilai harganya. Dengan kemahiran renang yang anda ada, sekiranya berlaku kecemasan atau kecelakaan sudah tentu ianya sangat berguna dan dapat menyelamatkan nyawa anda

2)Merupakan satu aktiviti sukan yang paling sihat dan tidak mendatangkan sebarang kecederaan. Ianya sangat disarankan oleh kebanyakkan doktor bagi orang yang menghidapi obesiti dan juga penyakit asthma.

3)Antara sukan dan aktiviti luar yang paling murah berbanding sukan lain. Anda hanya memerlukan sepasang pakaian renang dan juga bayaran masuk kolam yang kebiasaannya hanyalah sekitar RM2 untuk kolam awam.

4)Aktiviti atau sukan renang dapat membentuk dan mengekalkan tubuh badan yang baikl dan cantik. Ini dapat diperolehi sekiranya anda melakukannya secara berterusan. Lakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit untuk setiap kali anda berenang. 3 X seminggu dan kawal pemakanan.

5)Disebabkan kelebihan-kelebihannya, berenang adalah antara sunnah yang dituntut  selain dari memanah dan juga berkuda.

6)Aquatic Advanture bermula dengan aktiviti renang. Kemahiran berenang membolehkan anda melibatkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan medium air. Sebagai contoh : scuba diving. Walaupun scuba diving tidak memerlukan kemahiran renang yang tinggi tetapi dengan memiliki kemahiran renang tentunya ia sangat membantu dan dapat menyertainya dengan lebih yakin.


7)Air membentuk 70%  keadaan rupa bumi kita . Ke mana-mana kita pergi , kita dikelilingi air. Laut, tasik, sungai dan sebagainya. Mengapa kita tidak memperlengkapkan diri dengan kemahiran renang supaya kita dapat berinteraksi dengannya dengan cara yang lebih bermakna lagi.

8)Untuk tujuan riadah ketika bercuti bersama keluarga. Jika kita pandai berenang tidaklah kita ketinggalan dengan hanya menjadi pemerhati dari tepi sahaja. Sedangkan ahli keluarga kita sedang berseronok bermain air dan berenang. 

9)Berenang sememangnya merupakan aktiviti yang sungguh menyeronokkan. kenapa anda tidak mengambil peluang menikmatinya. Tentunya kemahiran ini lebih bermakna sekiranya jika dapat melakukannya bersama keluarga.