4)Aktiviti atau sukan renang dapat membentuk dan mengekalkan tubuh badan yang baikl dan cantik. Ini dapat diperolehi sekiranya anda melakukannya secara berterusan. Lakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit untuk setiap kali anda berenang. 3 X seminggu dan kawal pemakanan.
5)Disebabkan kelebihan-kelebihannya, berenang adalah antara sunnah yang dituntut selain dari memanah dan juga berkuda.
6)Aquatic Advanture bermula dengan aktiviti renang. Kemahiran berenang membolehkan anda melibatkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan medium air. Sebagai contoh : scuba diving. Walaupun scuba diving tidak memerlukan kemahiran renang yang tinggi tetapi dengan memiliki kemahiran renang tentunya ia sangat membantu dan dapat menyertainya dengan lebih yakin.
7)Air membentuk 70% keadaan rupa bumi kita . Ke mana-mana kita pergi , kita dikelilingi air. Laut, tasik, sungai dan sebagainya. Mengapa kita tidak memperlengkapkan diri dengan kemahiran renang supaya kita dapat berinteraksi dengannya dengan cara yang lebih bermakna lagi.
8)Untuk tujuan riadah ketika bercuti bersama keluarga. Jika kita pandai berenang tidaklah kita ketinggalan dengan hanya menjadi pemerhati dari tepi sahaja. Sedangkan ahli keluarga kita sedang berseronok bermain air dan berenang.
9)Berenang sememangnya merupakan aktiviti yang sungguh menyeronokkan. kenapa anda tidak mengambil peluang menikmatinya. Tentunya kemahiran ini lebih bermakna sekiranya jika dapat melakukannya bersama keluarga.
No comments:
Post a Comment